Wednesday 14 September 2016

10 hari Trip Tour Jepun


Ini cerita lama, Mac tahun 2015, 
wifey teringin sangat nak ke Jepun lagi, lalu terbelilah dia tiket Air Asia X ke Jepun utk 2 adult + 1 baby below 2 years old. Murah katenye. So, dapat lah ticket 10 hari pergi dan balik drpd Haneda Airport Tokyo. Lepas tu yang best nye, die suruh aku plan trip 10 hari tu. Yang lagi best, aku ade 3 minggu je nak plan itenary tu. Memang malas, di tambah pulak dengan komitment kerja yang macam warga asing. Sayang punya pasal, aku layan kan je. Memang lah Jepun ni macam kampung aku je, tapi kalau tak plan betul, boleh bankrap dibuatnye. Okeh, lagi satu wifey bukan suruh plan saje, siap kasi requirements 


  1. Nak tengok bunga sakura
  2. Nak masuk Disneyland, Tokyo
  3. Nak naik Skytree Tokyo dan Tokyo tower
  4. Nak tengok bunga Tulip kat Huitenbosh, Fukuoka
  5. Nak bergambar dengan background Mount Fuji
  6. Nak main snow
  7.  Nak shopping kat Outlet
  8.  Nak jalan-jalan sekitar Tokyo
  9. Nak makan sushi

Hmmmmm. So, penuh dengan interest wifey je. Interest aku nk letak mane? Takpelah, interest aku hanya nak wifey happy je. Sweet tak?
Ok berbalik kepada request wifey tadi ade city Tokyo dan Fukuoka kan? FYI je, jarak 2 city ni kalo ukur straight dengan pembaris pun, 1000km je. Bapak Jauh!

Peta Jepun; jarak bandar Tokyo dan Fukuoka

Maksudnye, dalam masa 10 hari, daripada Tokyo akan ke Fukuoka, dan kembali ke Tokyo balik. So nak tak nak memang kena guna shinkansen ataupun flight je. Lagilah kena plan betul-betul, kalau tak rugi masa, rugi duit. Di kala kesibukan dan kemalasan yang melampau, lagi seminggu sebelum flight aku baru start tulis plan. 3hari siap itenary plus accomodation booking. Minggu-mingu sebelum tu aku buat ape? Berangan jelah. hahaha

Okey, selain requirements wifey, 2 point penting yang aku ambil kire adelah

Accommodation yang selesa untuk family.
Disebabkan kami akan jalan dengan baby umur 2 tahun, aku rasa wajib aku carik accomodation yang selesa. Aku dah search pakai Airbnb, Agoda bagai sbenarnye. Biasalah last minute memang susah nak dapat yang murah. Memang sengaja aku carik hotel yang dekat dgn train station, supaya mudah nak heret beg besar dan bergerak dengan train. Last sekali, aku book gune japanese website hotel.jp. Sebab aku boleh berbahasa jepon like japanese, tak ade masalah lah. So, dapat lah ak book Nikko hotel di Kawasaki Station dan Fukuoka Station.

Transportation yang murah dan laju
Pilihan aku untuk travel dari Tokyo ke Fukuoka dan kembali ke Tokyo, Shinkansen. Memang kena beli Japan Railway (JR) Pass utk 7hari untuk 2 orang dewasa. Baby bawah 2 tahun boleh naik train FREE. Ok, JR Pass ni ape? Senang cerite, dengan JR pass ni boleh naik train di Jepun termasuk shinkansen ke mane sahaje dengan suka hati (ada terms and condition jugak). Nak tau lebih lanjut, sila google atau klik website ni JR Pass. Tapi, aku tak beli online, boleh didapatkan terus di Japan Travel Bureu (JTB) Malaysia, 2nd floor ISetan Suria KLCC. Kat sini pon bole dapatkan lebih explaination.  FYI, harga JR Pass untuk 2 orang dewasa adalah  sekitar RM1100 (harga akan berubah bergantung kepada pertukaran matawang asing)

Generally, plan trip kami Tokyo - Mount Fuji - Fukuoka - Hiroshima - Fukui - Nagano - Tokyo. Sekali imbas, memang macam best. Hakikat nye memang best pun. Trip ni ibarat pusing pulau besar Jepun, pulau Honsyu.

Draft itenary trip 10 hari japan tour dengan tulisan cakar ayam katik

Ok takpe, aku buat cantik sikit untuk tatapan kawan-kawan sebab nak bace tulisan cakar ayam aku memang susah. Kalo nak dibandingkan dengan draft, memang lain sikit sebab kami ade tukar plan di tengah perjalanan disebabkan masalah tertentu. 

Summary trip perjalanan kami tour Jepun

Sebut pasal trip nie, bende yang paling rang nak tau mesti cost perbelanjaan. Tanpa duit semua bende tak jadi. Kami pon bukanlah kerje cop duit, so kami pon kene minimize kan perbelanjaan kami. Btw ade ke kerje cop duit? Kalo ade aku nk apply
Ok aku nak bentangkan budjet belanjawan trip 10 hari tour Jepun ni.

  1. Flight ticket : RM2800
  2. JR Pass : RM2200
  3. Accomodation : RM2000
  4. Pocket WIFI rental : RM300
  5. Ticket Huitenbosch : RM450
  6. Ticket Disneyland : RM550
  7. Makan : RM1300
  8. Souvenir : RM500
  9. Shopping : RM1200
       TOTAL : RM11300


Ini kos yang aku rase paling selesa untuk trip 10 hari, 2org dewasa dan baby bawah umur 2 tahun. Dan nilai sebenar nye kami spent lebih kurang dari budjet. 
Kos ni sepatutnye boleh di kurang kan lagi, kalau dapat ticket flight lebih murah, tempat tinggal murah, dan boleh kurang kan perbelanjaan makan dan shopping

Walaubagaimanapun, aku akui susah jugak sbenarnye nak travel dalam jepun jika tak boleh berbahasa Jepun. Contohnya, ada pertukaran gerabak train, ada pertukaran platform train di waktu malam. Apepun tak mustahil tapi aku rasa dengan bahasa Jepun, perjalanan boleh jadi lebih lancar. InsyaAllah.

Kami ade je plan nak  ke Jepun lagi. ade nk ikot tak? hahaha 
ataupun ade yang nak hire aku jadi tourist guide? Bole PM okeiii!!

Next post nak cerita pasal trip satu-satu pulak. Bole klik via link kat bawah

1. First Day - Odaiba
2. 09 Apr - Kawaguchiko
3. 10 Apr - Mount Fuji / HRC Fukuoka 
4. 11 Apr - Huis Ten Bosch
5. 12 Apr - Hiroshima/Osaka 
6. 13 Apr - Fukui (coming soon)
7. 14 Apr - Karuizawa (coming soon)
8. 15 Apr - Tokyo1 (coming soon)
9. 16 Apr - Disneyland (coming soon)
10. Last Day - Tokyo2 (coming soon)


1 comment: